betapa senangnya hati seorang bapa ketika anaknya selamat dilahirkan. bagaikan tidak terucap segala kata. dan adakah kita sayang sepenuh hati kita sebagaimana kita menyayangi kekasih hati kita?
lihatlah, bagaimana seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan anaknya.
pernah tak anda fikir keperitan yang ayah anda lalui? pernah tak anda terfikir macam mana susahnya beliau membesarkan kita? pernah tak anda tanya diri anda sendiri berapa banyak anda menyayanginya? pernah tak anda terfikir apabila dewasa kelak, apa anda akan lakukan untuknya? membalas segala jasanya? menghantar ke rumah orang-orang tua? nauzubillah. jawapannya ada pada anda sendiri.
ini bukan untuk anda semua, tetapi untuk saya juga. sebagai peringatan. kerana kita hanyalah manusia biasa.
No comments:
Post a Comment