Friday, 23 September 2011

bilamana


setiap insan pasti melakukan kesilapan. dan kesilapan itu mengajar kita supaya tidak megulanginya lagi. tidak melakukan kesalahan yang sama. bilamana kita sudah tidak tahu ke mana arah tuju kita, ke mana kita pergi? semestinya sujud memohon keampunan daripadaNya. apabila kita sudah terlanjur, apakah yang kita harus lakukan? dan tiada siapa lagi yang peduli tentang kita. Dia. Dia. Dia lah satu-satunya kita mengadu, meluahkan apa sahaja yang terbuku di dalam dada. hanya Dia yang bertakhta di dalam jiwa. bilamana sedih menyelubungi diri, kepada Dia jugalah kita bergantung. tetapi adakah kita bersyukur dengan kemewahan yang dikurniakan? bersyukur dengan kesenangan yang diberikan? semua jawapan itu hanya ada pada diri masing-masing. ini juga adalah untuk saya dan juga kalian. saya juga manusia biasa. tiada hak untuk mempertikaikannya. 


No comments:

Post a Comment