Friday, 30 September 2011

2 days left!

2 days left? oh my god. then, i... no!! fuh! tahap giga nervous. tak tahu nak cakap. mak ai, kalo aku grab sume, memang bombastic lah. pecah rekodlah. korban seekor lembu. dapat fly. yeayy!!

Friday, 23 September 2011

bilamana


setiap insan pasti melakukan kesilapan. dan kesilapan itu mengajar kita supaya tidak megulanginya lagi. tidak melakukan kesalahan yang sama. bilamana kita sudah tidak tahu ke mana arah tuju kita, ke mana kita pergi? semestinya sujud memohon keampunan daripadaNya. apabila kita sudah terlanjur, apakah yang kita harus lakukan? dan tiada siapa lagi yang peduli tentang kita. Dia. Dia. Dia lah satu-satunya kita mengadu, meluahkan apa sahaja yang terbuku di dalam dada. hanya Dia yang bertakhta di dalam jiwa. bilamana sedih menyelubungi diri, kepada Dia jugalah kita bergantung. tetapi adakah kita bersyukur dengan kemewahan yang dikurniakan? bersyukur dengan kesenangan yang diberikan? semua jawapan itu hanya ada pada diri masing-masing. ini juga adalah untuk saya dan juga kalian. saya juga manusia biasa. tiada hak untuk mempertikaikannya. 


Thursday, 15 September 2011

virus game

Assalamualaikum.

dr^hani ada terbaca dalam satu artikel ni, yang menyatakan strategi musuh Islam cuba untuk meracuni pemikiran anak-anak Islam. dengan sedikit demi sedikit anak-anak akan mengingkari Islam. bunyinya macm ni:
"Abah! ada game minum arak dalam PS2". Si Abah buatlah "penyelidikan" dan mendapati bahawa betul yang game itu menggunakan konsep "Jika nak power lebih, kena minum arak".
Masyaallah. Sedar tak sedar kita telah dipergunakan oleh musuh Islam begitu sahaja. Jika kita kaji, banyak lagi taktik yang digunakan oleh musuh Islam untuk melemahkan kita. Tidak dalam peperangan, mereka (musuh Islam) menggunakan strategi dalam pemikran, pemakanan dan lain-lain.
Dan jika kita leka dan alpa, maka mudahkan kita dipergunakan. Dan umat Islam akan bertambah lemah.
Islam, ayuh! bangkit! bangkitlah menentang musuhmu itu! Waspadalah.

P/S: DR^HANI.

Friday, 9 September 2011

wah, syoknya raya!!



hangatnya raya di hatiku. eh, ni tajuk lagu ni. tahun ni kira hmm... tah. jalan-jalan jugak tapi still fikir keje yang berlambak. so, kira bolehlah. kalau budak-budak memanglah best raya sebab dapat duit raya. huh! tahun ni ada 3 misi mega. insyaallah, kalau takde aral melintang Allah izinkan. harap-harapnya begitulah. 
sebelum raya adalah buat kerja menukang-nukang nih. haha! haru. taklah bertukang sangat. cuma cat2 rumah adalah. rayalah sangat. thun ni kira baju raya siap awallah. kalo tahun yang sudah berabad lamanya tu, siap malam raya. ada jugak siap pagi raya. kira okaylah daripada takde langsung kan? 
raya kat kampung memang best. sebab adalah sebab tertentu. define lah sendiri. malam raya memang happenning giler. main mercun. haha! kalau jiran-jiran marah pun buat tak tahu aje. alah anak dieorang pun sama naik.