Saturday, 21 May 2011

demam exam datang lagi !!


asal pulak demam? apa kena mengena demam dengan exam ni?!! hatiiyyoo.. wani pun tak paham lah.. virus ni slalu aje serang wani time nak exam.. pelik. time nak exam je.. mulalah nak demam la selsema la.. itu la ini la.. wani sendiri pon tak faham.. tak pe lah.. virus ni melanda pon bukannya slalu.. tapi masa ni la nak merasa kena wabak ni.. pendek kata "pengalaman mengajar kita bersikap lebih matang".
 bukak je soalan.. laju je keluar something kat hidung ni.. tak de stop2 da.. tak de timbang rasa langsung.. kalau nak kira ulang-alik dari tandas ke kelas.. memang tak terkira punya la.. da la kena turun tangga. jauhnya macam 10 batu.. setiap kali cikgu lain masuk .. setiap kali tu jugaklah kaki ni ke loo.. malas betol nak menghadap loo tu.. arrgghh!!.. 
kaki ni ha.. macam dah longgar.. naik turun tangga.. tapi boleh jugak kecilkan paha ni.. rasa nak duduk je atas tangga ..tak nak naik ke kelas..  isshhh.. tak sopan lah pulak pompuan duduk atas tangga.. ohh!! not my style.. sampai kawan kat sebelah pon asyik tengok wani time bersin.. huh. takutnya berjangkit.. don't worry lah.. virus ni berjangkit punya.. insyaallah.. sume kena wabak ni nanti.. pastu.. abes jawab sume soalan.. yeayyy!! horrraayyy!! balik rumah!! nak rehatkan minda.. virus ni pon mungkin tak lama tinggalkan wani.. sori kawan.. selamat tinggal virusku..

Thursday, 12 May 2011

sori kakak.. ^_^


picture ni diambil lebih kurang 4 tahun lebih dah kot..tak tahu la betol ke tak. tak sure la pulak. tapi picture ni mengingatkan kepada kenangan-kenangan tahun-tahun lepas. tu bagi sesiapa yang ada lam pic tu la mahupun kat sekolah tu time form.. hurmmm.. entah lah. first time jejakkan kaki kat sekolah tu.. fuhhh.. macam orang tak tahu pape.. at least dapat jugak kenal dengan kawan-kawan baru. time nak daftar, memang kelam-kabut dibuatnya sebab sesak dengan manusia kat school tu.. huh. tapi lama-lama.. bila dah boleh biasakan dengan senario kat school baru tu. rasa macam huh.. akhirnya dapat jugak menyesuaikan diri kat sni.. pleasure. papepon.. sume yang terjadi pasti ada hikmahnya dan kenangan2 mungkin tak dapat dilupakan. dan sampailah sekarang.. kami still macam budak sekolah lagi.. walaupun da berpisah.. masing-masing ambil haluan sendiri. membina hala tuju sendiri. ummm.. especially to my sis.. sori la JIKA ada yang TERubah ataupon TERtambah ke ataupon TERbuang ke.. sori.. 

Thursday, 5 May 2011

jatuh tangga.

MENTARI pagi mencuri masuk melalui tingkap bilik yang terselak bila dihembus angin dari luar tingkap. Silaunya juga jelas terpancar. Bangun menggeliatkan badan sambil menguap lemah mendepakan tangan. Memandang jam loceng di atas meja kecil bersebelahan dengan kepala katil. menutun Menuruni katil sambil menguap lemah. Duduk semula di birai katil. Fikiran mula menerawang. 'ishhh.. sudah lewat ni.' desis hati. Mencapai sehelai tuala lalu menuju ke kamar mandi. Bersiap-siap untuk menikmati sarapan. Kedengaran pintu diketuk dari luar. Suara ibu menerh menerjah ke telinga. Membuka daun pintu. Terjengul ibu di muka pintu. Hanya senyuman manis dilemparkan.Ibu menuju ke dapur apabila mendapati bahawa aku sudah bersip bersiap-siap untuk turun ke bawah. Laju langkah ku atur menuruni anak tangga. Tiba-tiba, aku terpijak hujung kain lalu terjelopok jatuh. tersungkur mencium lantai. bangun membetulkan pakaian. kelihatan ayah sedang membaca akhbar di ruang tamu. terbantut niat untuk ke dapur. menyapa ayah yang sedang leka dengan akhbarnya. duduk sopan lalu mencapai remote control. menekan butang itu lalu memilih siaran untuk dijadikan santapan sementara. namun, tidak ada satu pun menarik perhatian. bangit dari sofa menuju ke halaman rumah. mengambil tempat di meja bulat yang terdiri daripada empat buah kerusi. melabuhkan punggung di situ sambil melilau melihat orang yang lalu lalang di situ. berjoging agaknya. menghirup udara yang begitu nyaman dan menyejukkan hati dengan panorama yang indah sekali. menongkatkan dagu dengan kedua-dua belah tangan. tersenyum sendiri bila mengimbas kembali apa yang berlaku tempoh hari. tersentak apabila mendengar ayah memanggil-manggilku. ayah mengajak untuk menikmati sarapan bersama-sama.